PROSES PEMBUATAN RED WATER SYSTEM (RWS) UNTUK KOLAM IKAN KELI

Penternakan ikan keli dengan menggunakan aplikasi Natural Water System (NWS) merupakan salah satu kaedah di antara beberapa sistem ternakan yang lazim digunakan dalam menternak ikan keli. Sistem air ternakan ikan keli merangkumi beberapa peringkat perubahan warna iaitu bermula dengan Green Water System (GWS), seterusnya diikuti oleh Brown Water System (BWS/Biofloc) dan akhirnya menjadi Red Water System (RWS). Perubahan warna yang berlaku pada setiap peringkat adalah didorong oleh perubahan populasi mikroorganisma di dalam air.

BAHAN-BAHAN:
18 liter air bersih
4 botol Yakult
2 biji Ragi
1 liter Molasses (boleh digantikan dengan gula merah)
Air kelapa (1 biji kelapa yang sudah tua)
0.5kg dedak halus

CARA-CARA PEMPROSESAN BAHAN:
Masukkan 18 liter air bersih ke dalam satu bekas berpenutup.
Kemudian, campurkan 4 botol Yakult, 1 liter Molasses, 2 biji Ragi (yang telah ditumbuk halus), air kelapa dan dedak halus ke dalam bekas berisi air bersih sebentar tadi.
Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
Tutup bekas dan peramkan selama 6-7 hari. Proses fermentasi yang efisien akan menghasilkan larutan berwarna coklat dan berbau alkohol.

KAEDAH PENGGUNAAN BAHAN TERHADAP KOLAM IKAN KELI:
Tambahkan isipadu larutan dari proses fermentasi sebanyak 100 mL (bersamaan dengan ½ gelas botol air mineral) untuk setiap 1m3 kolam ikan keli. Aktiviti mencampurkan bahan fermentasi ke dalam kolam ikan keli perlu dilakukan pada setiap hari secara menyeluruh di permukaan kolam dengan jarak waktu 24 jam sehingga tiba waktu penuaian.
Arang diletakkan di bahagian dasar dinding kolam sebanyak 1kg/m3. Penggunaan arang adalah bertujuan untuk menyerap sisa kotoran ikan yang tidak dimakan oleh bakteria Lactobacillus dan Saccharomyces di dalam air kolam.
Kesan daripada campuran bahan fermentasi ke dalam kolam akan menyebabkan perubahan warna air secara perlahan-lahan dari semasa ke semasa. Sekiranya bertukar kepada warna merah, ia bermaksud air kolam berkenaan sangat sesuai untuk menggalakkan tumbesaran ikan serta mengurangkan sis kotoran ikan yang telah menjadi sumber makanan kepada bakteria Lactobacillus dan Saccharomyces.
Penternak dinasihatkan untuk membekalkan sistem pengudaraan yang mencukupi bagi mensekatakan konsentrasi campuran bakteria Lactobacillus dan Saccharomyces di dalam kolam.

PEMBERIAN MAKANAN TERNAKAN KEPADA IKAN KELI:
Adalah digalakkan supaya pelet makanan dicampurkan terlebih dahulu bersama larutan probiotik dan dikeringkan sebelum diberi makan kepada ternakan ikan keli. Tekstur pelet makanan yang keras boleh menyebabkan perut kembung dan luka pada usus ikan; seterusnya menyebabkan kematian ikan.

Kami Jemput Tuan-Tuan Sertai Kursus Probiotik. Probiotik Yang Biasanya Dibeli Pada Harga RM300/kg akan menjadi RM45/kg.

Jimat 85% buat sendiri. UPM & Halways ada teknik-tekniknya.

Leave a Reply