KURSUS KAWALAN PENYAKIT & PEMBUATAN PROBIOTIK ATASI PENYAKIT TANAMAN - SIRI 2 (2023)
29 JUL 2023, UPM SERDANG
Kursus Apakah Ini?
Melatih Petani Kurangkan Kos Mencegah & Merawat Penyakit Tanaman Menggunakan Probiotik
Kami dengan sukacitanya mempersembahkan KURSUS KAWALAN PENYAKIT & PEMBUATAN PROBIOTIK ATASI PENYAKIT TANAMAN – SIRI 2 (2023) yang terbaharu sejak tercetusnya pandemik Covid-19. Kursus ini bertujuan untuk melatih petani membuat baja dan racun mikrob organik sendiri bagi meningkatkan kesuburan tanah dan melindungi ladang daripada serangan kulat serta penyakit lain.
Manfaat utama kursus ini ialah boleh mengurangkan lebih 85% kos probiotik untuk tanaman pertanian. Anda tidak lagi perlu membeli mikrob seperti Mycorrhizae, Bacillus, dan Actinomycetes pada harga lebih RM60/kg, sebaliknya kini anda hanya perlu berbelanja tak lebih dari RM6/kg sahaja. Bayangkan betapa besar penjimatan kos yang dapat anda peroleh dan kesuburan tanah anda akan terus meningkat!
Dengan kursus ini, anda boleh beralih kepada penanaman organik yang lebih selamat dan berkualiti. Anda turut dapat mengurangkan penggunaan racun kimia yang berbahaya dan meningkatkan kualiti tanaman anda dengan menggunakan baja dan racun mikrob organik yang anda buat sendiri.
Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kesuburan tanah anda dan menjaga ladang anda daripada serangan kulat serta penyakit lain. Daftarlah sekarang dan manfaatkan kursus ini!
Apakah Itu Probiotik Tanaman?
Probiotik Tanaman Bukan EM. Probiotik Jauh Lebih Berkesan Berbanding EM.
Probiotik tanaman adalah mikroorganisma terpilih yang berfungsi menyuburkan tanah, meningkatkan hasil tanaman atau melindungi tanaman daripada serangan penyakit. Contoh probiotik tanaman adalah Bacillus species dan Mycorhizae spp.
Antara Penyakit & Serangan Serangga Yang Boleh Diatasi Selepas Tamat Kursus
Kaedah kawalan biologi yang selamat untuk kesihatan dan berkos rendah berbanding kawalan kimia
Penyakit Kulat
Antraknos, hawar daun, busuk pangkal buah, rebah kecambah dan penyakit bakanae
Serangga Perosak
Membunuh serangga di peringkat larva & beluncas
Apa Saya Dapat Jika Saya Sertai Kursus Ini?
Kurang Kos Racun Kimia Dengan Penggunaan Probiotik
Gunakan probiotik ini sebagai pengganti racun kimia. Bukan sahaja menghalang pertumbuhan patogen penyakit. Ia juga menjadikan sistem imun tanaman lebih kuat. Tanaman juga jadi lebih selamat dimakan.
Tingkatkan Kesuburan Tanah & Hasil Tanaman
Probiotik ini berupaya mengembalikan kesuburan tanah, mengurai sisa racun, dan menghapus saki baki penyakit yang tersembunyi dalam tanah.
Kaedah Kenal Pasti Penyakit Tanaman
Setelah tamat kursus, anda dapat mengenalpasti tanda-tanda penyakit tanaman dan kaedah-kaedah untuk mengatasinya
Percuma Probiotik Actinomycetes & Bacillus subtilis
Bukan hanya praktikal, anda juga akan bawa pulang probiotik kultur asli Actinomycetes dan Bacillus. Mikroorganisma terpilih istimewa dari UPM yang terbukti mampu menghalang pelbagai penyakit tanaman.
Selepas Tamat Kursus, Anda Akan Bawa Pulang:
Kultur Actinomycetes
Fungsinya memusnahkan dinding sel mikrob jahat & menghadkan pertumbuhan & aktiviti kulat patogen tumbuhan
Kultur Bacillus spp.
Fungsinya merawat penyakit tanaman disamping meningkatkan pertumbuhan tanaman dan menyuburkan tanah. Ia menghasilkan hormon pertumbuhan dan menghalang pathogen yang membawa penyakit melalui serangan akar
Sertai Sekarang!
Tak Perlu Lagi Beli Produk Probiotik Luar. Anda Kini Boleh buat Sendiri & Guna Kebaikan Probiotik Sepenuhnya Untuk Ladang. Anda Tak Perlu Lagi Bimbang Kos Meningkat.
Jadual kursus
SESI | TAJUK | - | MASA | TEMPAT |
---|---|---|---|---|
1 | Pendaftaran | 9.30 pg - 10.00 pg | Makmal Teknologi Mikrobiom | |
2 | Ucapan Aluan Prof. Dr. Shuhaimi Mustafa (Ketua Pegawai Teknologi Halways Sdn Bhd & Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal UPM) | 10.00 pg - 10.10 pg | Makmal Teknologi Mikrobiom | |
3 | Seminar Pengurusan & Kawalan Penyakit | 10.10 pg - 12.50 tgh | Makmal Teknologi Mikrobiom | |
4 | Makan Tengahari & Rehat | 12.50 tgh - 1.50 ptg | Foyer Biotech 2 UPM | |
5 | Praktikal Pembuatan Probiotik Actinomycetes | 1.50 ptg- 2.50 ptg | Makmal Teknologi Mikrobiom | |
6 | Praktikal Pembuatan Probiotik Bacillus spp | 2.50 ptg - 3.50 ptg | Makmal Teknologi Mikrobiom | |
7 | Praktikal Pembuatan Probiotik Mycorrhizae | 3.50 ptg - 4.30 ptg | Makmal Teknologi Mikrobiom | |
8 | Pembuatan Racun Serangga Metarhizium | 4.30 ptg - 4.50 ptg | Makmal Teknologi Mikrobiom | |
9 | Pemberian Sijil & Sesi Bergambar | 4.50 ptg - 5.00 ptg | Makmal Teknologi Mikrobiom |
Anjuran Bersama
Kolaborasi Bersama Pakar Teknologi
FAKULTI BIOTEKNOLOGI & SAINS BIOMOLEKUL (FBSB)
MAKMAL TEKNOLOGI MAKANAN & MIKROBIOM (FEMTECH)
Pengangkutan & Penginapan
Tempat
Makmal Teknologi Makanan & Mikrobiom
Biotech 2, Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul
Universiti Putra Malaysia Serdang Selangor
Pengangkutan
Kami sediakan servis mengambil peserta di TBS ke tempat kursus. Kosnya hanya RM10/seorang
Penginapan
Untuk peserta yang jauh, Tak perlu susah-susah, kami boleh dapatkan tempat penginapan khas dengan harga berpatutan
(Whatsapp kami : Support Centre)
- 3 bulan Konsultasi
- Nota Kursus
- Percuma Probiotik Kawalan Serangga (B. Thuringiensis Kurstaki)
- Percuma Probiotik Kawalan Kulat (Actinomycetes)
- Sijil Penyertaan
- 3 Bulan Konsultasi
- Nota Kursus
- Percuma Probiotik Kawalan Serangga (B. Thuringiensis Kurstaki)
- Percuma Probiotik Kawalan Kulat (Actinomycetes)
- Sijil Penyertaan
- 3 Bulan Konsultasi
- Nota Kursus
- Percuma Probiotik Kawalan Serangga (B. Thuringiensis Kurstaki)
- Percuma Probiotik Kawalan Kulat (Actinomycetes)
- Percuma Servis Makmal Bagi Hasilkan 30 liter Probiotik Kawalan Penyakit Tanaman (Rawatan 5 ekar tanah)
- Sijil Penyertaan