Ikan hanya membesar dengan baik jika oksigen dalam kolam pada kadar optimum.
1. Guna paddlewheel, blower atau wavemaker. Alat ini akan memukul air, membekalkan udara ke dalam air dan melarutkan oksigen dalam air. Hasilnya DO pun meningkat. Tumbesaran ikan pun meningkat.
.
2. Guna probiotik. Banyak product probiotik di luar sana yang dapat tingkatkan DO. Dalam product ini ada bakteria probiotik seperti photosynthetic bacteria yang mampu hasilkan oksigen.
.
3. Guna chemical contohnya calcium peroxide. Bahan ini memang akan tingkat DO dalam kolam. Result memang cantik, tapi harganya pun cantik.
.
4. Kurangkan density organisma2 yang makan oksigen. Contohnya alga, kehadiran alga yang berlebihan akan mengganggu paras DO kerana pada waktu malam alga akan makan oksigen2 yang anda sediakan untuk ikan2 anda. Aduh ruginya.
.
Artikel ini bermanfaat? Jom share dengan kawan2. Mana tahu info ini berguna untuk mereka. Semoga bertambah rezeki untuk kita sekeluarga.